BENGKEL PENGURUSAN MASA

“PENGURUSAN MASA”

 

PENGENALAN

Masa merupakan sumber yang sangat berharga dan komoditi yang tiada nilai ganti yang selalu disalahguna atau tidak digunakan sepenuhnya oleh kebanyakan pekerja. Kebanyakan kita membazirkan masa lebih dari 50% masa yang ada meskipun nampak terlalu sibuk. Mana mungkin jam boleh diberhentikan detiknya tetapi kita tentu boleh menguruskan masa dengan sebaik mungkin menerusi pengurusan dan perancangan teliti. Program ini menekankan prinsip, pengetahuan dan kemahiran tersebut bagi individu ke arah kecemerlangan organisasi. Program ini dirumus khas dengan menggunakan kaedah psikologi.

 

OBJEKTIF

Setelah tamat kursus peserta akan kompeten untuk :-

  • Mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya masa dalam hidup
  • Mengenal pasti ciri-ciri pembaziran masa
  • Menilai semula amalan-amalan semasa
  • Mengurus masa dengan lebih cekap serta mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pengurusan masa
  • Meningkatkan kecekapan pengurusan masa personal dan organisasi
  • Mendedahkan teori pengurusan masa
  • Mengetahui teknik-teknik & cara-cara menguruskan masa dengan berkesan

 RANGKA KURSUS

  • Pengenalan
  • Rungutan tentang masa?
  • Bagaimana untuk menggunakan masa dengan berkesan
  • Kepentingan pengurusan masa
  • Masa amat terhad dan berharga
  • Meningkatkan produktiviti
  • Memastikan pencapaian matlamat
  • Membentuk kehidupan seimbang
  • Mengurangkan tekanan
  • Mendapat masa lapang yang lebih
  • Panduan menguruskan masa
  • Beri tumpuan kepada matlamat dan bukannya kepada aktiviti – tetapkan jadual (tahunan/bulanan/mingguan/harian)
  • Laksanakan sesuatu mengikut prioriti
  • Jangan lengahkan tugas
  • Belajar mengatak ‘tidak‘ pada perkara yang tidak penting
  • Buat sesuatu dengan betul pada kali pertama
  • Memberi fokus kepada pelaksanaan perkara-perkara yang betul (keberkesanan)
  • Memberi tumpuan kepada pelaksanaan kerja-kerja dengan betul (kecekapan)
  • Bahagikan tugasan yang besar kepada skop/tajuk yang kecil

Apakah faktor yang  mengawal keadaan masa anda?

Matlamat pengurusan masa

  • Antara penting & tindakan segera

Kenapa pengurusan masa itu penting :-

  • Untuk anda
  • Untuk kerjaya anda
  • Untuk kumpulan anda
  • Untuk syarikat anda

Mengenalpasti pembaziran masa

  • Menangani gangguan
  • Penyebab masa terbuang

Alat pengurusan masa (Kuadrant Masa)

Teknik pengurusan masa

  • Pengurusan log masa (time log management)
  • Menganalisa pengurusan log masa
  • Menyediakan jadual kerja
  • Perancangan kerja

Rancangan tindakan

KAEDAH PENYAMPAIAN

Method penyampaian program ini adalah menggunakan kaedah adult learning (androgogy). Ia akan melibatkan semua peserta dan setiap modul akan memastikan peserta akan terlibat secara langsung. Latihan dalam kumpulan juga akan digunakan dan ini bermakna bahawa peserta mestilah aktif sentiasa.

SAIZ KUMPULAN

  •  30 – 40 peserta.

 

JANGKAMASA KURSUS : 2 hari

Fokus program adalah perkembangan setiap individu peserta agar dapat mempunyai kemahiran yang boleh digunakan (know how) dan bukannya sekadar tahap pengetahuan semata-mata (know what).

 TRAINER” / FACILITATOR 

Penceramah dan jurulatih yang disediakan adalah penceramah yang berpengalaman dan berkelayakan sepertimana yang dilampirkan. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk ‘hands on’ dan setiap peserta berpeluang  mengalami latihan yang dijalankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: