Bengkel Setiausaha Cemerlang

Bengkel Setiausaha Cemerlang

SINOPSIS

Sebagai seorang staf, PEMBANTU TADBIR sudah pastinya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mempamerkan kecekapan, keyakinan, gaya yang sesuai dan sepadan dengan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. Seorang PEMBANTU TADBIR bukan hanya bertanggungjawab terhadap arahan orang atasannya sahaja malah semestinya perlu mahir dalam mengurus pejabat dengan Cemerlang kerana Pengurusan Pejabat yang Cekap akan melambangkan identiti ORGANISASINYAnya. PEMBANTU TADBIR yang BERKESAN akan melancarkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Perkembangan teknologi maklumat telah berubah dengan begitu pesat memberi kesan mendalam terhadap kerja-kerja pentadbiran pejabat. Oleh yang demikian, seseorang PEMBANTU TADBIR seharusnya sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan perlu berubah, sama ada dalam tindakan atau pemikiran, dari masa ke semasa.

Bengkel ini dapat membantu para peserta untuk memahami dan menghayati tentang tugas dan tanggungjawab mereka yang bergelar PEMBANTU TADBIR. Di samping itu bengkel ini juga dapat membantu peserta menambah kemahiran dan kecekapan profesional bagi menjamin kecemerlangan mengurus pejabat dengan berkesan.

OBJEKTIF

Modul bengkel ini telah disusun sebegitu rupa agar kedua-dua pihak, majikan dan peserta akan mendapat dan memperolehi:

  • Memahami bagaimana Personaliti. gender dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi dan stail pembelajaran.
  • Menyedari bahawa terdapat banyak gaya dan jenis berfikir yang berkait rapat dengan program ini.
  • Memberi pendedahan tentang Peranan dan Tanggungjawab sebagai seorang Pembantu Tadbir yang Cemerlang.
  • Mempelajari Ciri-Ciri Pembantu Tadbir Cemerlang dan dapat memainkan Peranannya dengan Berkesan.
  • Memahami Kemahiran dan Kompetensi yang diperlukan untuk menjadi Pembantu Tadbir yang Cemerlang.
  • Mempelajari Kaedah terbaik untuk Mengurus dan Merangsang Kehebatan Bos.
  • Membentuk Etika Pembantu Tadbir yang Efektif ke arah Kecemerlangan Diri dan Organisasi.
  • Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dan Hubungan Kemanusiaan yang Berkesan.

 

 

 

 

 

 

KANDUNGAN  PROGRAM

  • Mengenali Profil Personaliti yang sebenar berasaskan CREDO Personality Profiling (CPP).
  • Analisis & Membina Imej Diri.
  • Membangunkan Potensi Diri.
  • Membentuk Sikap Positif Ke Arah Kejayaan.
  • Mempertingkatkan Keyakinan Diri.
  • Memahami Diri dan Orang Lain.
  • Peranan dan Tanggungjawab Seorang Pembantu Tadbir.
  • Menilai Sikap Peserta terhadap Kerjaya Pembantu Pentadbiran.
  • Petua membentuk Kecemerlangan dalam Pembantu Pentadbiran.
  • Kepimpinan dan Kepengikutan.
  • Membentuk Pasukan Kerja dengan Bos.
  • Ciri-ciri Pembantu Tadbir Profesional.
  • Mengenal Profil Peribadi Bos Anda.
  • Petua Menguruskan Bos.
  • Teknik Merangsang Kehebatan Bos.
  • Warna dan Personaliti.
  • Prinsip PR yang baik dalam Organisasi.
  • 20 Petua Untuk Memperbaiki Komunikasi Antara Perseorangan.
  • 20 Langkah untuk menjadikan kerja seharian lebih Produktif.
  • Etika Kerja.
  • Pengurusan Majlis-Majlis Rasmi.
  • 26 sikap Cemerlang di tempat kerja.
  • Mengurus Stres di Tempat Kerja.
  • 30 Cara Seronok Bekerja.
  • 20 Kesilapan dalam Melaksanakan Tugas sebagai Setiausaha.
  • Pembangunan Diri dan Kerjaya.
  • Prinsip Pembangunan Diri.

PENGENDALIAN BENGKEL

Salah satu keunikan bengkel ini adalah semua peserta akan dapat memprofilkan tret personaliti masing-masing. Profil Personaliti yang digunakan adalah hasil kajian selama 30 tahun yang telah dibuat di negara kita. Hasil profil ini juga akan menunjukkan gaya kepimpinan, gaya pengurusan,gaya membuat keputusan, gaya pengurusan masa, gaya kerja berpasukan dan pelbagai lagi (model) yang amat sesuai untuk tufag seharian di pejabat dan kehidupan seharian. Hasil profil ini menunjukkan gaya berfikir sama ada lebih kepada kognitif atau emosi. Beberapa aktiviti khusus untuk experiential learning akan dikendalikan oleh para peserta. Dengan ini peserta akan mudah memahami melalui pendekatan music + motivation (musivation).

Pelaksanaan bengkel ini telah dirangka agar semua peserta aktif sepanjang bengkel ini berjalan dan akan mengambil kira stail pembelajaran para peserta. Dengan mengambil kira profil personaliti peserta, beberapa latihan berbentuk interaktif, games dan perbincangan kumpulan akan dilakukan. Dengan ini para peserta akan cepat memahami apa yang ingin disampaikan dalam bengkel ini. Nota yang komprehensif, persembahan power-point, video dan muzik yang bersesuaian akan digunakan sepanjang bengkel ini. Semua ini akan menjadikan bengkel ini sesuatu yang menyeronokkan dan memberi pengalaman baru kepada para peserta

JANGKAMASA KURSUS : 2 hari

Program ini dicadangkan agar peserta dapat memberi sepenuh tumpuan dan menjalani semua latihan praktikal yang disusun secukupnya. Fokus program adalah perkembangan setiap individu peserta agar dapat mempunyai kemahiran yang boleh digunakan (know how) dan bukannya sekadar tahap pengetahuan semata-mata (know what).

 

“TRAINER” / FACILITATOR 

  • Penceramah dan jurulatih yang disediakan adalah penceramah yang berpengalaman dan berkelayakan sepertimana yang dilampirkan. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk ‘hands on’ dan setiap peserta berpeluang  mengalami latihan yang dijalankan.

 

Profesor Madya Haji Wan Zulkifli bin Wan Yusof
MSP, MNZIM, MMIM, Certified NLP Practitioner (NFNLP, USA)

 

Beliau adalah seorang staf akademik di Fakulti Kejuruteraan Awam UTM sejak 21 tahun lepas dan merupakan bekas Ketua Unit Pembangunan Profesional di Pejabat SPACE UTM (15 Julai 2004 – 14 Julai 2009). Disamping bertugas sebagai pensyarah, beliau adalah seorang Professional Speaker dan  menjadi Ahli Profesional dalam Malaysian Association of Professional Speakers(MAPS).Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Terengganu dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kejuruteraan Awam dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia. Semasa berkhidmat di UTM, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pembinaan (MSc in Construction) di Loughborough University of Technology, United Kingdom.

 

Sepanjang pengalamannya hampir 21 tahun sebagai tenaga akademik, beliau banyak melibatkan diri dalam pengajaran, penyeliaan projek pelajar, penyelidikan dan program pembangunan pelajar.Beliau menyampaikan kuliah kepada pelajar Diploma, Sarjana Muda dan Pelajar Sarjana Pengurusan Pembinaan. Untuk Program Sarjana Pengurusan Pembinaan (Msc in Construction Management) beliau telah memberi kuliah dalam subjek : Advanced Construction Technology, Law of Contract & Contract Administration, Tendering & Project Estimating, Construction Site Management & Safety Control , Construction Project Management, Management of Design & Construction and Principles of Engineering Management. Manakala di peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam beliau berpengalaman memberi kuliah dalam subjek: Teknologi Pembinaan, Kontrak dan Teknologi Pembinaan, Pengurusan Projek Pembinaan, Teknologi Pembinaan dan Taksiran (Estimating) , Undang-Undang Kontrak dan Pentadbiran kontrak , Teknologi Pembinaan Lanjutan dan Loji Pembinaan ( Construction Plants).

 

Disamping bertugas sebagai pensyarah, beliau mempunyai minat yang mendalam dalam program Pembangunan Insan dan kini beliau juga merupakan seorang Professional Speaker and Trainer dan menjadi Ahli Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS) yang menjadi Ahli Gabungan kepada International Federation For Professional Speakers (IFFPS).

 

Sebagai seorang Professional Speaker and Trainer, beliau banyak mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel untuk para profesional dan masyarakat umum di seluruh negara. Pengalaman dan penglibatannya hampir 10 tahun sebagai Pengetua Kolej Kediaman, Pengerusi Majlis Pengetua dan Pengerusi Institusi Pembangunan Felo UTM telah banyak memberi pendedahan kepada beliau dalam pelbagai program Pembangunan Insan.

 

Tajuk kursus dan bengkel adalah merangkumi : Pengurusan Projek, Pengurusan Kontrak, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Tapak Bina, Faktor Kemanusiaan Dalam Pengurusan Pembinaan, Cemerlang di Tempat Kerja, Pembentukan Sikap Positif, Kaedah Menangani Perubahan, Kepimpinan dan Pengurusan, Motivasi Kerja, Sukses Tanpa Stres, Petua Mengurus Bos, Teknologi Minda, Memprofil Personaliti, Penggunaan NLP dalam Kehidupan dan Kerjaya, Pengurusan dan Pembangunan Diri , Semangat Kerja Berpasukan dan lain-lain tajuk yang berkaitan dengan Pembangunan Insan.

Comments are closed.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: