BENGKEL “TEAM BUILDING”

BENGKEL SEMANGAT KERJA BERPASUKAN

 

Pendahuluan

Organisasi Swasta atau Kerajaan semakin hari semakin  besar dan berkembang.Justeru itu, masalah yang dihadapi oleh organisasi berkenaan telah menjadi begitu kompleks dan memerlukan gabungan tenaga, idea, kemahiran dan pengetahuan secara kolektif untuk menghadapinya.Senario ini menyebabkan para pemimpin organisasi sedar bahawa   peranan pasukan dalam organisasi masing-masing menjadi begitu penting.

Pasukan memainkan peranan penting di dalam setiap organisasi. Ini adalah kerana pasukan mempunyai banyak kelebihan daripada individu secara perseorangan. Kelebihan begitu ketara dari segi pengalaman, kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian kerja dan pengembelingan tenaga.

Kajian telah menunjukan bahawa pengurusan secara  participative management dan kolektif lebih produktif dan berjaya daripada secara individu. Ramai pekerja pada hari ini menuntut hak mereka untuk bersama-sama membuat keputusan dan mengambil bahagian dalam menentukan masa depan organisasi mereka.

Kajian menunjukan seorang pengurus dalam sebuah oraganisasi besar biasanya menghabiskan 50%-80% masa dalam pasukan-pasukan tertentu.

Dalam Bengkel ini beberapa isu penting dalam semangat kerja berpasukan seperti asas-asas kerja berpasukan, bagaimana membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan peranan, jenis kemahiran dan kompetensi yang diperlukan sebagai satu pasukan yang berkesan di tempat kerja akan dibincangkan. Panduan untuk membina satu pasukan kerja yang mantap  dan cemerlang dan bagaimana setiap ahli dalam pasukan dapat memainkan peranan masing-masing juga turut disentuh.

 Objektif kursus

 Di akhir bengkel ini para peserta akan dapat:

  •  Menyedari bahawa setiap orang adalah penting dalam mana-mana organisasi.
  • Memahami bagaimana, personaliti, gender dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi dan stail pembelajaran.
  • Menyedari bahawa terdapat banyak gaya dan jenis berfikir yang berkait rapat dengan program ini.. 
    • Menganalisis bagaimana dan kenapa ahli pasukan berfikir secara berbeza.
    • Memahami ciri-ciri pasukan yang berkesan.
    • Membangunkan satu pasukan yang berkesan terutamanya dalam Kumpulan Yang Pelbagai (diverse or heterogeneous groups.)
    • Memahami asal usul pasukan dan kerja berpasukan (the nature of teams and teamwork.)
    • Dapat membezakan antara Pasukan Konventional, Kreatif Dan Pasukan Yang Berprestasi Tinggi ( conventional, creative and high performance teams.)
    • Mengetahui bagaimana untuk menggunakan Model Kerja Berpasukan.
    • Memahami kualiti penting seorang pemimpin sebagai Pemudahcara Pasukan, Pembimbing dan Pembina Pasukan.( a team facilitator, coach or teambuilder.)
    • Memahami kaedah untuk memotivasikan individu dan pasukan yang pelbagai.
    • Memahami Kepentingan Ganjaran kepada Ahli Pasukan.
    • Mempelajari bagaimana menjadi ahli pasukan yang kreatif
    • Memahami bagaimana untuk memimpin dan memotivasi manusia yang pelbagai untuk menjadi satu pasukan yang Berprestasi Tinggi ( A High Performance Team.)
    • Menyedari bahawa untuk terus releven dan efektif di tempat kerja, para peserta perlu terus belajar dan menambah pelbagai kemahiran dan kemahiran.
  • Membangun Pelan Tindakan Diri untuk memastikan Satu Pasukan Kerja yang Berkesan dapat diwujudkan. 

Kandungan Bengkel 

  • Kepentingan Kerja Berpasukan dalam Organisasi
  • Pengaruh Personaliti, Gender dan Budaya dalam berfikir (Thinking)
  • Asal Usul  Pasukan dan Kerja Berpasukan (The Nature Of Teams And Teamwork)
  • Perbezaan antara Satu Kumpulan (group) dengan Satu Pasukan (Team)
  • Bekerja dengan orang Lain
  • Setiap ahli adalah penting dalam organisasi
  • Menagihkan kerja dan peranan
  • Kepelbagaian (Diversity) dalam pasukan dan kenapa kita berbeza dalam berfikir
  • Membina Kebersamaan
  • Ciri-ciri pasukan yang berkesan
  • Jadi pasukan yang kreatif
  • Teknik Berkomunikasi dan menghadapi Konflik
  • Kerja Berpasukan yang berprestasi tinggi ( High Performance Teams)
  • Membina satu pasukan yang berprestasi tinggi
  • Memudahcara Kerja Berpasukan (Facilitating Teamwork)
  • Kepimpinan dalan Kerja Berpasukan dan Membentuk Kumpulan Dinamik
  • Kompetensi Kerja Berpasukan
  • Pelan Pembangunan Diri (Personal Development Action Plan (PDAP))

 Siapa Yang Patut Hadir:

  • Para Pemimpin Organisasi
  • Para Pengurus Jabatan Keraajaan/Swasta
  • Ketua Jabatan
  • Pensyarah Pusat Pengajian Tinggi
  • Para Pensyarah IPTA/IPTS
  • Timbalan/Penolong  Pendaftar IPTA/IPTS
  • Pegawai Tadbir Kerajaan dan Swasta
  • Pengetua Sekolah
  • Semua Staf Badan Kerajaan dan Swasta
  • Pekerja Syarikat Pembinaan dan Perkilangan
  • Mereka yang berminat meningkatkan kemahiran Semangat Kerja Berpasukan 

Kaedah Pengendalian Bengkel 

Salah satu keunikan bengkel ini adalah semua peserta akan dapat memprofilkan tret personaliti masing-masing. Profil Personaliti yang digunakan adalah hasil kajian selama 30 tahun yang telah dibuat di Negara kita.Hasil profil personaliti ini  dapat menunjukkan samada gaya berfikir seseorang peserta itu  lebih kepada kognitif atau emosional. Demikian juga samada seseorang itu banyak menggunakan otak kiri atau kanan dalam kehidupan seharian dan semasa menjalankan tugas seharian.

Hasil profil ini juga akan menunjukkan gaya kepimpinan, gaya pengurusan, gaya membuat keputusan, gaya pengurusan masa, gaya kerja berpasukan dan berbagai jenis gaya lagi (model) yang amat sesuai untuk semua peserta. Kesemua model atau stail ini amat berguna kepada para peserta semasa menjalankan tugas seharian di organisasi masing-masing. 

Pelaksanaan bengkel ini telah dirangka agar semua peserta aktif sepanjang bengkel ini berjalan dan akan mengambil kira stail pembelajaran para peserta. Dengan mengambil  kira profil personaliti peserta, beberapa latihan berbentuk interaktif, games dan perbincangan kumpulan akan dilakukan. 

Untuk menjadikan bengkel ini lebih berkesan, sebanyak 10 jenis permainan (indoor games) akan dikendalikan oleh para peserta.(dan ini tertakluk kepada masa semasa bengkel). Dengan ini para peserta akan cepat memahami apa yang ingin disampaikan dalam bengkel ini. Nota yang komprehensif, persembahan power-point, video dan muzik yang bersesuaian akan digunakan sepanjang bengkel ini. Semua ini akan menjadikan bengkel ini sesuatu yang menyeronokkan dan memberi pengalaman baru kepada para peserta. Bengkel ini sudah pastinya akan menjanjikan sesuatu  kelainan dalam kehidupan seharian mereka. 

 

Encik Zainuddin Bin Ali berumur 47 tahun telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam Industri Perbankan banyak terlibat dengan pelbagai bidang kepakaran seperti  Perbankan Syariah, Pembiayaan, Perakaunan, Pengurusan Perdagangan Antarabangsa dan lain-lain. Jawatan yang pernah disandang ialah Pengurus Pemasaran, Pengurus Pembangunan Produk, Pengurus Cawangan dan Pengurus Latihan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia – University Utara Malaysia (UUM), Ijazah Pentadbiran Perniagaan  -

Royal Melbourne Institute Technology (RMIT), Diploma Pengurusan Bank  – University MARA Institute Technology (UITM), Certified Neuro Linguistic Programming Practitioner (NFNLP,USA), Certified Professional Trainer (MIM-CPT), Train the Trainer (PSMB) dan menjadi ahli Malaysian Institute of  Management (MIM). 

Beliau juga banyak terlibat dalam pembentangan kertas kerja di Seminar Kewangan, Koperasi dan Pembangunan Modal Insan dan Menjadi panel menggubal modul Master in Customer Service Management, Faculty of office Management & Technology, University ITM. Berpengalaman dan memiliki kekuatan dalam bidang Sistem Perbankan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Sumber Manusia. 

Kursus yang pernah dihadiri di Luar Negara International e-Banking Technology Expo – Frankfurt, Germany, International Cooperatives Alliance – Chiang Mai, Thailand, International Islamic Banking Conference – Jakarta, Indonesia dan Coperative Investment Opportunity – Phuket, Thailand. Dalam Negeri Toward World Class Branch Manager . Frontier In Knowledge Succesion Planning and Leadership Development, Innox Asia Ptd Ltd, National 5S Convention 2006 (NPC), 2nd Annual Training Course on Islamic Banking and Finance, Job Evaluation Workshop . HR Initiative Sdn Bhd, ISO 9001 dan Certified Neuro Linguistic Programming Practitioner oleh MTM Consultants Sdn Bhd 

Pakej Latihan beliau pernah diberikan kepada MAMPU, Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM Cawangan Sabah), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPLK), Pusat Khidmat Kontraktor(PKK), AGRO Bank, Bank Kerjasama Rakyat, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Comments are closed.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: