Mengenai Kami

Hari ini keperluan modal insan menjadi faktor strategik dalam persaingan global dan pembangunan negara. Modal insan yang berteraskan keseimbangan dalam pembangunan jatidiri mantap menjadi teras utama. Jatidiri yang mantap berasaskan pembangunan dan pembentukan  IQ, EQ, PQ dan SQ yang mantap.

Setiap individu sentiasa berhubung dengan “minda-tubuh-emosi” (mind-body-emotion) untuk beroperasi pada tahap yang optima dan berpotensi tinggi, maka penerapan dan penekanan yang tinggi pada pembentukan IQ, EQ, PQ dan SQ untuk keseimbangan diri.

Menyedari hakikat ini Perfect MIND Resources menawarkan program-program yang menjurus ke arah pembinaan dan perkembangan potensi diri yang menepati kehendak semasa. Ianya membolehkan perubahan dibuat pada peringkat yang lebih mendalam secara “unconscious” menjadikan penerapannya lebih kekal dan lama.

Perfect MIND Resources dianggotai oleh pakar-pakar dan konsultan yang berpengalaman dalam bidang “human performance”. Mereka bukan sahaja mempunyai keilmuan yang tinggi malah memiliki pengalaman luas dan mendalam.

Setiap program yang dikemukakan oleh Perfect MIND Resources merupakan olahan kepada keperluan modal insan berdasarkan kepada penelitian dan maklum balas yang diperolehi dari pelbagai sektor.

Comments are closed.

%d bloggers like this: