Dr Ridzwan Bakar

Dr  Ridzwan Bakar  CPA CMA CA ACIS  adalah  seorang profesional akauntan dan ahli kepada beberapa badan professional dalam dan luar negara.  Beliau  di lahirkan di Bandar DiRaja Klang kira-kira  40 tahun lalu. 

Beliau kini bertugas sebagai  pegawai kanan sebuah organisasi korporat berkaitan kerajaan (GLC)  dan mempunyai  pengalaman luas melebihi 16 tahun di dalam bidang pengurusan trategik,  kewangan dan perancangan perniagaan. Beliau pernah memegang jawatan Deputy CFO TMNet Sdn Bhd 2001-2005. Beliau terlibat secara langsung dengan transformasi perniagaan, membina KPI/Balanced ScoreCard dan merangka strategi jangka panjang syarikat. Turut berpengalaman membantu beberapa organisasi  di dalam business transformation dan membina Balanced Scorecard/KPI.

Beliau aktif berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman di seminar serta konferen korporat, perniagaan dan akademik, dalam dan luar negara khususnya dalam bidang perancangan strategik, KPI, Balanced Scorecard, Budgeting dan ceamah motivasi.  Beliau juga adalah Ahli Panel Penasihat  Roundtable Kurikulum Akademik program Siswazah  PhD/DBA/MBA  Graduate Business School UiTM dan Ahli Panel (Certified Examiner Target Selection DDI International)  untuk program Pembangunan Kepimpinan.

Beliau pernah mengisi slot inspirasi dan berkongsi pengalaman di media seperti di dalam program MHI TV3, RTM 1 Program Selamat Pagi Malaysia, Astro Oasis, Radio IkIM, RTM, Majalah i, Majalah Nur, Mingguan Wanita dan beberapa tulisan beliau juga pernah disiarkan di akhbar-akhbar utama. Beliau juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi Presiden persatuan penduduk, menjana semula imej dan peranan masjid,  menulis blog berkaitan kecemerlangan pengurusan diri, memberi khidmat nasihat kepada masyarakat dalam bentuk motivasi, perundingan kewangan dan berusaha keras membawa misi Haji Muda dalam konteks pembinaan pemimpin, masyarakat dan kehidupan.  Beliau adalah Penceramah Bertauliah dari JAIS.

Beliau berminat untuk terjun ke dunia penulisan berbentuk lautan biru bagi membina jati diri khususnya memfokuskan kepada pembinaan generasi muda muslim. Buku sulung beliau Haji Muda  berjaya menempatkan beliau antara penulis aplikasi kehidupan yang mampu mencorakkan pemikiran masyarakat. Buku motivasi terbaru beliau Bila Pintu Hati Terbuka  pula mengajak manusia berubah dan  mengejar  ilmu setinggi mungkin.

Comments are closed.

%d bloggers like this: