Encik Faizal Kamal bin Mohamed

Encik Faizal Kamal bin Mohamed adalah seorang pegawai undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga merupakan seorang Motivator/Trainer di dalam bidang pembangunan modal insan. Sekarang juga beliau adalah “internal trainer” untuk Student Learning and Enhancement Unit (SLEU) dan Co-Curricular Activity Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau mendapat pendidikan di peringkat ijazah di dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB (Hons. UIAM). Di samping itu juga beliau adalah Pengamal Asas NFNLP yang bertauliah dari NFNLP USA.

Di samping itu juga, beliau telah benyak mengendalikan kursus-kursus pembinaan diri yang berorientasikan pencapaian hasil yang hebat di sekolah-sekolah, universiti dan sektor awam. Banyak kursus-kursus yang dibuat pada waktu ini adalah kursus-kursus yang berkaitan dengan pembangunan diri para pelajar sekolah/universiti/sektor awam.

Comments are closed.

%d bloggers like this: