Profesor Madya Haji Wan Zulkifli bin Wan Yusof

Profesor Madya Haji Wan Zulkifli bin Wan Yusof

Profesor Madya Haji Wan Zulkifli bin Wan Yusof MSP, MNZIM, MMIM, Certified NLP Practitioner (NFNLP, USA) ialah seorang penceramah dan jurulatih yang disediakan adalah penceramah yang berpengalaman dan berkelayakan sepertimana yang dilampirkan. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk ‘hands on’ dan setiap peserta berpeluang mengalami latihan yang dijalankan.

Beliau adalah seorang staf akademik di Fakulti Kejuruteraan Awam UTM sejak 21 tahun lepas dan merupakan bekas Ketua Unit Pembangunan Profesional di Pejabat SPACE UTM (15 Julai 2004 – 14 Julai 2009). Disamping bertugas sebagai pensyarah, beliau adalah seorang Professional Speaker dan menjadi Ahli Profesional dalam Malaysian Association of Professional Speakers(MAPS).Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Terengganu dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kejuruteraan Awam dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia. Semasa berkhidmat di UTM, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pembinaan (MSc in Construction) di Loughborough University of Technology, United Kingdom.

Disamping bertugas sebagai pensyarah, beliau mempunyai minat yang mendalam dalam program Pembangunan Insan dan kini beliau juga merupakan seorang Professional Speaker and Trainer dan menjadi Ahli Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS) yang menjadi Ahli Gabungan kepada International Federation For Professional Speakers (IFFPS).

Sebagai seorang Professional Speaker and Trainer, beliau banyak mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel untuk para profesional dan masyarakat umum di seluruh negara. Pengalaman dan penglibatannya hampir 10 tahun sebagai Pengetua Kolej Kediaman, Pengerusi Majlis Pengetua dan Pengerusi Institusi Pembangunan Felo UTM telah banyak memberi pendedahan kepada beliau dalam pelbagai program Pembangunan Insan.

Beliau juga merupakan Certified Practitioner and Master Trainer untuk CREDO Personality Profiling (CPP), Pengamal NLP Bertauliah (NFNLP, USA), Pengamal Emotional Freedom Techniques (EFT) , Ahli Lembaga Jurutera Malaysia, Ahli New Zealand Institute Of Management (MNZIM), Ahli American Management Association (AMA) , Ahli Malaysian Institute of Human Resource Malaysia(MIHRM) dan Ahli Malaysia Institute Of Management (MMIM).

Comments are closed.

%d bloggers like this: