BENGKEL PENGURUSAN STRESS

MENGURUS STRES MENJANA SUKSES

 

Pengenalan

 

Kursus yang akan diadakan ini akan mempersiapkan semua staf untuk mengelakkan atau mengurangkan gejala-gejala kesihatan yang diakibatkan oleh stres contohnya, asthma, ulcers, sakit kepala, dan juga sembelit. Stres akan mempengaruhi gaya hidup seseorang dan ia termasuklah hubungan inerpersonal dan hubungan dwihala yang melibatkan samada ahli keluarga ataupun rakan sekerja. Apatah lagi, ia akhirnya akan mengurangkan produktiviti setiap staf. Kursus ini direka khas bagi menangani masalah suasana kerja yang menekan serta cara hidup seseorang pekerja. Kursus ini merangkumi definisi stres, faktor-faktor penyumbang, kesan fisiologi, dan strategi menanganinya. Mekanisma pengelak stres adalah sebenarnya keberkesanan pengurusan stres yang baik, dan setiap peserta akan belajar memperkasa diri untuk mengelakkan stres.

 

Siapa patut hadir

 

Kursus amat berguna kepada semua staf yang ingin menangani stres. Kursus ini akan memastikan kesedaran terhadap gejala kesihatan stres. Kekuatan peribadi melalui pemerkasaan psikologi menambahbaik kebolehanjalan pekerja untuk berhadapan dengan hubungan dwihala dan juga situasi pekerjaan mencabar.

 

Objektif

 

Setelah menjalani kursus ini peserta mampu untuk:

 

  1. Menambah pengetahuan terhadap stres di tempat kerja
  2. Mengenalpasti faktor-faktor penyumbang stres
  3. Menaikkan daya tahan terhadap stres di tempat kerja
  4. Merawat stres
  5. Menguatkan keyakinan diri serta jati diri peserta
  6. Mengaplikasi stres ke arah kecekapan

 

Method pengajaran

 

Program ini menggunakan kaedah pembelajaran orang dewasa (Adult Learning) yang lebih tertumpu kepada syarahan interaktif dan dua hala, latihan dalan kumpulan, kajian kes, dan juga role play. Secara ringkasnya program ini adalah berpaksi kepada experiential learning. Program ini akan meningkatkan kesedaran mental, emosi, dan juga psikologi yang boleh diaplikasikan dengan baik di tempat kerja. Pelbagai simulasi akan dilakukan yang membantu proses pembelajaran.

Ujian Psikometrik juga akan diadakan dan ini menjadikan program kami lain dari yang lain

Kandungan kursus

  1. Pengenalan kepada stres dan kesihatan dari sudut psikologi, fisiologi, dan hubungan interpersonal.

i)        Pengetahuan kepada sumber stres, stressor, dan eustress.

ii)      Mengetahui “Major Life Event” yang mengakibatkan stres berdasarkan peringkat umur peserta

  1. Ujian Stail Personaliti. Ujian psikometric akan digunapakai

i)        Ujian berbentuk “self-scoring” bagi memastikan peserta faham tentang stres

ii)      Stail personaliti akan dibincangkan selanjutnya dengan “General Adaptaron Síndrome” (GAS)

  1. Teknik menangani stres :

                a) Secara Psikologi

               i)  Psikologi – Lawan atau elak/ Pengurusan stres seharian

      ii)  Pendam fikiran

      iii) Personaliti

      iv) Personaliti pulih diri

                   b) Tingkah Laku

                                 i)  Analisa kerja – Semak kerja

  •  
    •  
      •  
        • Memahami budaya organisasi
        • Kenali orang berjaya, kenalpasti mengapa berjaya
        • Teliti sumber
        • Ikut arus
        • Ambil tindakan
        • Bersenam
        • Pengurusan masa : Kuadran masa
        • Bazir masa
        •  Rehat rawat : Rehat
        • Berzikir
        •  Kembali sediakala

c)                   Sosial

i)        Personaliti pulih diri

ii)      Sokongan social

iii)    Fungsi social

iv)    Bergaul dengan masyarakat

d)                  Mental

i)        Membayang rehat rawat

ii)      Membayang kesiapsiagaan dan latih tubi

iii)    Membayang menyelesaikan masalah

                    e)        Rehat rawat secara fizikal

 i)    Nafas dalam

                                ii)    Progressive Muscular Relaxation (PMR)

iii)    Daya tindak kepada rehat rawat

                    f)         Sikap

i)           Kesedaran fikiran

ii)         Fikiran terbuka

iii)       Fikiran positif

                    g)        Kejengkelan/Kemarahan

i)            Salur marah ke arah kecekapan

ii)          Fahami teorinya

                    h)        Burnout/Jelak

                               i)      Ujian burnout

 

JANGKAMASA KURSUS : 2 ½ hari

Program ini dicadangkan agar peserta dapat memberi sepenuh tumpuan dan menjalani semua latihan praktikal yang disusun secukupnya. Fokus program adalah perkembangan setiap individu peserta agar dapat mempunyai kemahiran yang boleh digunakan (know how) dan bukannya sekadar tahap pengetahuan semata-mata (know what).

 

TRAINER” / FACILITATOR 

Penceramah dan jurulatih yang disediakan adalah penceramah yang berpengalaman dan berkelayakan sepertimana yang dilampirkan. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk ‘hands on’ dan setiap peserta berpeluang  mengalami latihan yang dijalankan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: