BENGKEL PETUA MENGURUS BOS

BENGKEL PETUA MENGURUS BOS!!

 PENGENALAN

 Setiap orang yang bekerja, samada dalam sektor awam atau swasta,  pasti sentiasa berurusan dengan bos di pejabat.Demikian jua setiap orang mahu berjaya dalam karier  masing-masing. Hubungan dengan bos adalah merupakan faktor utama untuk mencapai kejayaan dalam kerja.

 Memahami bagaimana bos berfikir dan bekerja adalah merupakan kunci utama bagi mewujudkan satu perkongsian yang produktif.Kerja anda akan menjadi efektif sekiranya anda mengetahui petua untuk menguruskan bos anda.Mengurus bos bukan bermakna bodek atau mengampu bos.Mengurus bos  adalah proses bekerja dengan bos anda untuk mencapai hasil yang sebaik mungkin untuk diri anda, bos anda dan juga organisasi tempat anda bekerja.

 Bengkel ini akan mendedahkan pelbagai petua untuk menguruskan bos anda agar para peserta berjaya di tempat kerja masing.Disamping itu juga, bagi para peserta yang juga merupakan bos di tempat masing-masing, beberapa panduan bagaimana untuk menjadi bos yang dihormati dan hebat turut disentuh.

 Objektif kursus

 Diakhir Bengkel ini para peserta akan dapat:

  • Memahami bagaimana  personaliti, gender dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi dan stail pembelajaran.
  • Menyedari bahawa terdapat banyak gaya dan jenis berfikir yang berkait rapat dengan program ini..
  • Mempelajari bagaimana  mengurus bos dan   menyedari bahawa hubungan yang penting ini dapat membantu kejayaan dalam kerja masing-masing.
  • Menganalisis  diri sendiri dan juga bos anda termasuklah mengenali profil bos anda.
  • Menyedari tentang hakikat sebenar tentang bos anda dan menyedari  bahawa terdapat pelbagai  jenis bos pada pandangan pekerja.
  • Memahami bagaimana mewujudkan kepercayaan untuk meningkatkan pengaruh, mengawal diri dalam bekerja dan dapat menonjolkan keupayaan diri.
  • Mempelajari bagaimana untuk mendapatkan faedah yang terbaik daripada bos, samada para peserta bekerja dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan rutin seharian.
  • Mengetahui cara- cara untuk menangani bos yang banyak karenah dan bagaimana   menggunakan  kekuatan dan kelemahan bos demi kejayaan di tempat kerja.
  • Mempelajari petua  untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan bos melalui komunikasi berkesan dan dengan  menguasai bahasa badan .
  • Mempelajari teknik merangsang kehebatan bos anda.
  • Memahami bahawa untuk menjadi seorang bos yang hebat memerlukan banyak kemahiran kemanusiaan.

 Kandungan Bengkel 

  • Pengaruh personaliti, gender dan budaya dalam berfikir (Thinking )
  • Analisis diri anda
  • Menilai kedudukan anda
  • Petua menganalisis bos anda
  • Mengenali profil bos anda
  • Mengenali jenis-jenis bos
  • Hakikat tentang bos yang perlu difahami
  • Menilai semula hubungan anda dengan bos
  • 15  jenis bos pada pandangan pekerja
  • Hubungan bos dengan pekerja
  • Pantang larang bos
  • Peranan khusus bos
  • Teknik merangsang kehebatan bos
  • Warna dan personaliti

 BEKERJA DENGAN BOS ANDA

  • Menjangka keperluan
  • Penampilan diri secara positif
  • Tentukan batasan
  • Membina kepercayaan
  • Complementing boss’s style
  • Mengurus beban kerja
  • Menunjukkan kesetiaan
  • Pergaulan dengan bos

 MENGURUS KONFLIK

  • Menangani  konflik secara bijaksana
  • Menerima maklum balas
  • Mengambil inisiatif
  • Melindungi diri
  • Mengurus stres

 MEMPERBAIKI PROSPEK ANDA

  • Memimpin dari belakang
  • Mendapatkan bantuan untuk pembangunan diri
  • Cara mendapatkan persetujuan
  • Mengurus kenaikan pangkat anda

 PANDUAN KHUSUS UNTUK BOS

  • Kemahiran asas bos
  • Cabaran bos
  • Panduan kepada bos baru
  • Langkah awal bos baru
  • Panduan menjadi bos yang dihormati
  • Petua menjadi bos yang hebat
  • Meningkatkan komunikasi berkesan
  • Membina hubungan baik dengan bos
  • Menguasai  bahasa badan
  • Menilai keupayaan diri anda
  • Petua seronok bekerja bersama bos
  • Pelan tindakan 

Siapa Yang Patut Hadir:

  •  Para pengurus Sektor Awam dan Swasta
  • Ketua Jabatan Sektor Awam dan Swasta
  • Timbalan/Penolong  Pendaftar IPTA/IPTS
  • Pegawai Tadbir Kerajaan dan Swasta
  • Pengetua/Guru Besar  sekolah
  • Para Guru dan Pensyarah Pusat Pengajian Tinggi/Politeknik
  • Para Penyelia/Pembantu Tadbir
  • Mereka yang berminat meningkatkan kemahiran untuk menguruskan bos masing-masing

 

 

Kaedah pengendalian Bengkel

Satu salah keunikan bengkel ini adalah semua peserta akan dapat memprofilkan tret personaliti  masing-masing.Profil Personaliti yang digunakan adalah hasil kajian selama 30 tahun yang telah dibuat di Negara kita.Hasil profil personaliti in akan dapat menunujukkan gaya berfikir samada lebih kepada kognitif atau emosi.Demikian juga samada banyak penggunaan atau kiri atau kanan dalam kaedah penggunaan otak..

Hasil profil ini juga akan menunjukkan gaya kepimpinan, gaya pengurusan, gaya membuat keputusan, gaya pengurusan masa, gaya kerja berpasukan dan berbagai jenis gaya lagi  (model) yang amat sesuai untuk tugas seharian di pejabat dan juga dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan kursus ini telah dirangka agar semua peserta aktif sepanjang kursus ini berjalan dan akan mengambil kira stail pembelajaran para peserta. Dengan mengambil  kira profil personaliti peserta, beberapa latihan berbentuk interaktif, games dan perbincangan kumpulan akan dilakukan.

Untuk menjadikan kursus ini lebih berkesan, beberapa aktiviti khusus untuk experiential learning akan dikendalikan oleh para peserta. Dengan ini para peserta akan cepat memahami apa yang ingin disampaikan dalam kursus ini. Nota yang komprehensif, persembahan power-point dan video.Pendekatan music  dan motivation (musivation) akan digunakan dalam  kursus ini.Untuk itu  muzik yang bersesuaian akan digunakan sepanjang kursus ini.

Semua ini akan menjadikan kursus ini sesuatu yang menyeronokkan dan memberi pengalaman baru kepada para peserta.  Kursus ini  pastinya akan    menjanjikan sesuatu  kelainan dalam kehidupan seharian para peserta.

 Tempoh kursus : 2 hari

“TRAINER” / FACILITATOR 

  • Penceramah dan jurulatih yang disediakan adalah penceramah yang berpengalaman dan berkelayakan sepertimana yang dilampirkan. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk ‘hands on’ dan setiap peserta berpeluang  mengalami latihan yang dijalankan.

 Profesor Madya Haji Wan Zulkifli bin Wan Yusof
MSP, MNZIM, MMIM, Certified NLP Practitioner (NFNLP, USA)

 Beliau adalah seorang staf akademik di Fakulti Kejuruteraan Awam UTM sejak 21 tahun lepas dan merupakan bekas Ketua Unit Pembangunan Profesional di Pejabat SPACE UTM (15 Julai 2004 – 14 Julai 2009). Disamping bertugas sebagai pensyarah, beliau adalah seorang Professional Speaker dan  menjadi Ahli Profesional dalam Malaysian Association of Professional Speakers(MAPS).Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Terengganu dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kejuruteraan Awam dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia. Semasa berkhidmat di UTM, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pembinaan (MSc in Construction) di Loughborough University of Technology, United Kingdom.

 Sepanjang pengalamannya hampir 21 tahun sebagai tenaga akademik, beliau banyak melibatkan diri dalam pengajaran, penyeliaan projek pelajar, penyelidikan dan program pembangunan pelajar.Beliau menyampaikan kuliah kepada pelajar Diploma, Sarjana Muda dan Pelajar Sarjana Pengurusan Pembinaan. Untuk Program Sarjana Pengurusan Pembinaan (Msc in Construction Management) beliau telah memberi kuliah dalam subjek : Advanced Construction Technology, Law of Contract & Contract Administration, Tendering & Project Estimating, Construction Site Management & Safety Control , Construction Project Management, Management of Design & Construction and Principles of Engineering Management. Manakala di peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam beliau berpengalaman memberi kuliah dalam subjek: Teknologi Pembinaan, Kontrak dan Teknologi Pembinaan, Pengurusan Projek Pembinaan, Teknologi Pembinaan dan Taksiran (Estimating) , Undang-Undang Kontrak dan Pentadbiran kontrak , Teknologi Pembinaan Lanjutan dan Loji Pembinaan ( Construction Plants).

Disamping bertugas sebagai pensyarah, beliau mempunyai minat yang mendalam dalam program Pembangunan Insan dan kini beliau juga merupakan seorang Professional Speaker and Trainer dan menjadi Ahli Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS) yang menjadi Ahli Gabungan kepada International Federation For Professional Speakers (IFFPS).

Sebagai seorang Professional Speaker and Trainer, beliau banyak mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel untuk para profesional dan masyarakat umum di seluruh negara. Pengalaman dan penglibatannya hampir 10 tahun sebagai Pengetua Kolej Kediaman, Pengerusi Majlis Pengetua dan Pengerusi Institusi Pembangunan Felo UTM telah banyak memberi pendedahan kepada beliau dalam pelbagai program Pembangunan Insan.

 Tajuk kursus dan bengkel adalah merangkumi : Pengurusan Projek, Pengurusan Kontrak, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Tapak Bina, Faktor Kemanusiaan Dalam Pengurusan Pembinaan, Cemerlang di Tempat Kerja, Pembentukan Sikap Positif, Kaedah Menangani Perubahan, Kepimpinan dan Pengurusan, Motivasi Kerja, Sukses Tanpa Stres, Petua Mengurus Bos, Teknologi Minda, Memprofil Personaliti, Penggunaan NLP dalam Kehidupan dan Kerjaya, Pengurusan dan Pembangunan Diri , Semangat Kerja Berpasukan dan lain-lain tajuk yang berkaitan dengan Pembangunan Insan.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: