Bengkel “Sales & Marketing”

NLP : MENEROKA RAHSIA JURUJUAL HEBAT

(SUCCESSFUL SELLING USING NLP)

PENGENALAN

Inginkah anda melipat gandakan jualan anda? Mahukah anda mengekal kesetiaan pelanggan? Jawapannya ialah dengan mengunakan teknik NLP. Setiap jurujual harus memiliki kemahiran ini kerana ia memberi kesan emosi pelanggan untuk membeli dan setia dengan anda. Ia juga dapat meningkatkan kepuasan pelanggan dan memastikan pelanggan tersebut datang semula. Teknik ini dapat mempengaruh persepsi dan pemikiran pelanggan terhadap anda. Mereka merasakan bahawa anda berbeza jika dibandingkan dengan jurujual lain. Jurujual yang hebat lebih fleksibel dan mengubah stail persembahan mengikut kehendak prospek. Apabila seseorang dapat menguasai sesiapa, di mana, dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran akan berjaya dalam bidang yang di ceburinya.   

OBJEKTIF

  • Mempelajari dan memahami kaedah pemikiran manusia
  • Hasil (outcome) utama ialah mencapai sasaran
  • Menjadi orang yang berpengaruh dan membuat orang suka kepada kita
  • Menjadi orang yang luarbiasa dalam membuat jualan
  • Membina hubungan dengan pelanggan menggunakan kaedah sedar dan separa sedar
  • Berjaya memotivasikan pelanggan untuk membeli
  • Boleh berkomunikasi dengan hebat dan luar biasa.

 

Kandungan Modul

  • Pengenalan kepada NLP
  • Memahami kehebatan otak dan minda
  • Belajar, Memahami dan Mengaplikasi teknik untuk mempengaruhi pelanggan.
  • Kaedah membina “Rapport” cemerlang
  • Memahami corak komunikasi diri dan pelanggan
  • Rahsia memikat pelanggan
  • Mengubah corak pemikiran membina keyakinan
  • Kemahiran persembahan menggunakan NLP
  • Memahami transformasi emosi pelanggan
  • Pakar dalam mengatasi penolakan
  • Penjualan Silang “Cross-Selling”
  • Cara menyoal pelanggan dan mempengaruhinya.

 

Siapa yang patut hadir

Semua syarikat yang menjual perkhidmatan dan produk.

JANGKAMASA KURSUS : 2 hari

Fokus program adalah perkembangan setiap individu peserta agar dapat mempunyai kemahiran yang boleh digunakan (know how) dan bukannya sekadar tahap pengetahuan semata-mata (know what).

“TRAINER” / FACILITATOR 

  • Penceramah dan jurulatih yang disediakan adalah penceramah yang berpengalaman dan berkelayakan sepertimana yang dilampirkan. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk ‘hands on’ dan setiap peserta berpeluang  mengalami latihan yang dijalankan.

 

Encik Zainuddin Bin Ali berumur 47 tahun telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam Industri Perbankan banyak terlibat dengan pelbagai bidang kepakaran seperti  Perbankan Syariah, Pembiayaan, Perakaunan, Pengurusan Perdagangan Antarabangsa dan lain-lain. Jawatan yang pernah disandang ialah Pengurus Pemasaran, Pengurus Pembangunan Produk, Pengurus Cawangan dan Pengurus Latihan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia – University Utara Malaysia (UUM), Ijazah Pentadbiran Perniagaan  –

Royal Melbourne Institute Technology (RMIT), Diploma Pengurusan Bank  – University MARA Institute Technology (UITM), Certified Neuro Linguistic Programming Practitioner (NFNLP,USA), Certified Professional Trainer (MIM-CPT), Train the Trainer (PSMB) dan menjadi ahli Malaysian Institute of  Management (MIM).

Beliau juga banyak terlibat dalam pembentangan kertas kerja di Seminar Kewangan, Koperasi dan Pembangunan Modal Insan dan Menjadi panel menggubal modul Master in Customer Service Management, Faculty of office Management & Technology, University ITM. Berpengalaman dan memiliki kekuatan dalam bidang Sistem Perbankan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Sumber Manusia.

Kursus yang pernah dihadiri di Luar Negara International e-Banking Technology Expo – Frankfurt, Germany, International Cooperatives Alliance – Chiang Mai, Thailand, International Islamic Banking Conference – Jakarta, Indonesia dan Coperative Investment Opportunity – Phuket, Thailand. Dalam Negeri Toward World Class Branch Manager . Frontier In Knowledge Succesion Planning and Leadership Development, Innox Asia Ptd Ltd, National 5S Convention 2006 (NPC), 2nd Annual Training Course on Islamic Banking and Finance, Job Evaluation Workshop . HR Initiative Sdn Bhd, ISO 9001 dan Certified Neuro Linguistic Programming Practitioner oleh MTM Consultants Sdn Bhd

Pakej Latihan beliau pernah diberikan kepada MAMPU, Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM Cawangan Sabah), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPLK), Pusat Khidmat Kontraktor(PKK), AGRO Bank, Bank Kerjasama Rakyat, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: